Tuesday, September 27, 2016

KEJAYAAN MILIK BERSAMA

RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MEMPEROLEHI 100 MARKAH BAGI SETIAP SUBJEK DALAM UJIAN SETERUSNYA MENDAPAT STRAIGHT A DI DALAM PEPERIKSAAN.

Buku ini mengandungi modul yang In sya Allah bermanfaat dalam membantu pelajar yang tidak berkesempatan mendapat kelas tambahan, tuisyen, serta tutor yang perlu dibiayai tetapi ANDA MAHU MENDAPAT markah yang baik dalam setiap ujian dan peperiksaan. Seperti yang saya faham melalui pengalaman dan interaksi bersemuka dengan ramai pelajar daripada pelbagai kumpulan umur. Saya mendapati pelajar dengan tahap kecerdasan hampir sama namun menghasilkan pelbagai keputusan yang berbeza. Seorang tanpa mengira status ekonomi mampu berjaya jika sanggup melakukan transformasi ke arah yang lebih baik. Ini membawa saya kepada kesimpulan bahawa genius atau kecerdikan tidak prerogatif. Kebanyakan pelajar seizinnya boleh menjadi genius dan mampu memperolehi markah yang tinggi dengan mengikuti perkara-perkara asas yang mudah dalam kehidupan sebagai pelajar.


Ia bukan sahaja kecemerlangan pelajar yang membawa keputusan yang baik tetapi juga ianya berkisar pada kerja-kerja baik dalaman dan luaran yang sesungguhnya amat mempengaruhi keputusan adalah tidak boleh dinafikan. Lima faktor yang bermula daripada ibu bapa, guru, sekolah, rakan-rakan dan persekitaran sebenarnya memberi kesan skor pelajar. Meskipun kelima-lima faktor itu mempunyai pengaruh yang besar kepada pelajar tetapi perubahan pelajar itu sendiri dan pertalian yang kukuh perlu dijalin kerana tanpa bantuan daripada lima bersekali makanya tiada pelajar boleh membuat skor peratusan yang lebih tinggi. Untuk membuat ia mudah difahami,anda perlu mensasarkan target 100% dan keupayaannya seorang pelajar yang boleh melangkaui markah 90% yakni mencapai A kerana kelima-lima elemen sebenarnya berperanan secara individu menyumbang untuk anda mendapat nilaian ini.


Tujuan buku dan modul di dalam buku ini adalah untuk membantu menyedarkan minda pelajar bahawa anda, Guru-guru, ibu bapa, sekolah dan rakan-rakan telahpun secara sedar dan tanpa sedar telah berusaha dengan cara yang tersusun untuk anda boleh menghasilkan gred yang lebih tinggi. Beruntungnya anda bila mampu memahami peranan orang lain yang menyediakan persekitaran untuk kejayaan anda. Di sini saya menggunakan teknik yang amat mudah untuk anda gunakan dalam meningkatkan produktiviti dan tahap motivasi anda.

Saya menggunakan pendekatan yang begitu mudah difahami serta berbaloi untuk diamalkan kerana apabila anda berada di institusi pengajian tinggi tiada lagi guru tuisyen sebagai pendorong anda. Saya ingin anda semua mencapai kejayaan dengan cara yang sebenar-benarnya amat mudah dan berkesan.

Untuk itu sila klik WADAH KEJAYAAN.

No comments:

Post a Comment