Tuesday, September 13, 2016

RAHSIA MENDAPAT STRAIGHT A DI DALAM PEPERIKSAAN


RAHSIA BAGAIMANA UNTUK MEMPEROLEHI 100 MARKAH BAGI SETIAP SUBJEK DALAM UJIAN SETERUSNYA MENDAPAT STRAIGHT A DI DALAM PEPERIKSAAN.
Kehebatan ANDA di dalam menuntut ilmu dapat dilihat dengan pencapaian keputusan bagi setiap ujian dan peperiksaan.. Jika diusuli, ANDA sering mendapat straight A di dalam peperiksaan, apakah yang menjadikan ANDA hebat? Inilah yang kelihatan terjadi kepada diri ANDA.

Sebut sahaja dimana-mana universiti di Malaysia dan nusantara ini, kedapatan ANDA akan menjadi sebutan pensyarah.

ANDA tekun dalam mentelaah dan sasaran untuk mendapat straight A hanya muncul kepada keputusan. Ini adalah kerana apa yang diusahakan seupaya mungkin ialah untuk mendapat 100% markah.

Dengan jadual hidup yang teratur dan ANDA sememangnya terdidik untuk menghormati guru dan menepati masa. Mungkin hari ini orang akan beranggapan ANDA skema tetapi keberadaan ANDA adalah untuk menaikkan nama sekolah dengan menjadi wakil di bidang kokurikulum.

Dan supaya ANDA yang lain tidak leka, dan terus mewarisi tradisi ilmu; suka saya ingatkan sekali lagi perkara-perkara berikut:-

1. Jadikan suatu cogankata yang bertulis “Saya ingin mencapai 100% markah dalam setiap peperiksaan".

2. Bayangkan betapa gembiranya ibubapa bila anda mencapai kejayaan straight A, anda melompat kegembiraan, mengucap tahniah sesama rakan anda, dan anda dapat masuk ke sekolah terbaik idaman anda, natijahnya anda dapat menjejaki menara gading; Universiti dan menerima segulung Ijazah.

3. Segera bertindak dan sentiasa membuat ulangkaji secara sistematik dan bersungguh-sungguh sehingga 10 kali lebih daripada orang lain.

4. Kebolehan memperbaiki kelemahan diri melalui analisa kekuatan dan kelemahan subjek serta topik yang berkenaan berdasarkan keputusan yang diperolehi serta bertindak melakukan penambahbaikan. Markah adalah pengukur keupayaan. Faham adalah resepi kejayaan.

5. Bagi subjek yang keputusan belum memuaskan, pelajar perlu memberi lebih tumpuan pada subjek berkenaan tanpa mengurangi tumpuan subjek yang dan menukar sedikit pendekatan anda.

6. ANDA mempunyai peribadi luhur dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua guru, sentiasa mencari jawapan dan kefahaman pada soalan-soalan yang dirasakan kurang jelas untuk menjawabnya dengan merujuk pada nota-nota dan bertanya kepada guru.

7. ANDA sering menjadi guru muda di dalam kelas dan tempat rujuk rakan sebaya dan mereka juga pendorong kepada rakan-rakan mereka untuk turut berjaya.

Semoga panduan ini dapat membantu ANDA menjadikan impian suatu kenyataan iaitu kejayaan ANDA bersama.


Pensyarah saya pernah berkata; "Kamu semua tidak akan mendapat 100 markah bagi kertas saya tetapi berusahalah ke arah itu kerana hakikat ganjaran atas usaha kamu ialah 1,000 (seribu) markah."

Ingat hidup ini hanyalah sementara. Tingkatkan ilmu, indahkan perilaku, agar ANDA terus menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni kerana ANDA adalah bangsa yang mempunyai budi pekerti dengan pencapaian gemilang di semua bidang.

NAMPAK SUKAR TETAPI IANYA SEMUDAH IMPIAN ANDA, DAPATKAN RAHSIA INI UNTUK DIRI ANDA DAN KELUARGA ANDA;

UNTUK ANDA YANG MEMPUNYAI CITA-CITA UNTUK CEMERLANG SILA ISIKAN BORANG DI BAWAH:-


foxyform

No comments:

Post a Comment